Kelas Asas Microsoft Word & E-Learning (Typing Speed Test)

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 8 Mac 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Ms Word dan e-learning. Kelas ini telah disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas asas Ms Word adalah bertujuan untuk membekalkan peserta dengan cara menghasilkan muka hadapan, isi kandungan dan muka surat bagi kerja kursus yang diberikan. Dalam kelas ini, peserta telah diajar cara memanfaatkan butang insert iaitu online picture dan page number. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan cara membuat muka hadapan, tajuk, isi kandungan dan sub tajuk bagi setiap halaman. Di samping itu, peserta juga telah diperkenalkan dengan pembelajaran e-learning iaitu typing speed test bagi memantapkan kemahiran menaip dan mengalakkan mereka menguasai papan kekunci komputer. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video serta diberi ceramah ringkas Klik Dengan Bijak iaitu Penipuan Internet.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB (Penipuan Internet)
2. Pengenalan kepada Ms Word
3. Penerangan tentang penggunaan MS Word
4. Latihan menggunakan Ms Word oleh peserta
5. Pengenalan kepada e-learning (Typing Speed Test)
6. Latihan menaip menggunakan aplikasi Typing Speed Test
7. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali